top of page

Zahran Losyen Panas

Q & A berkenaan Zahran Losyen Panas

1) Soalan: Terangkan sedikit tentang Zahran Losyen Panas

Secara ringkas Zahran Losyen Panas diformulasikan khas daripada halia dan lada benggala (capsicum) untuk mengatasi sakit otot dan lenguh-lenguh badan, mengurangkan sakit belakang, mengurangkan masalah perut buncit dan selulit, melegakan masalah angin dan kembung perut dan juga mengurangkan sakit senggugut pada wanita ketika datang bulan.

2) Soalan: Kenapakah berat kandungan Zahran Losyen Panas sebanyak 100ml?

Adakah anda tahu had kandungan cecair yang dibenarkan dibawa menaiki penerbangan antarabangsa adalah tidak lebih daripada 3.4oz iaitu bersamaan 100ml. Jadi anda yg selalu fly tu janganlah risau ye…anda bolehlah membawa losyen panas asli ke seluruh pelosok dunia. Selamat travel berbekalkan Zahran Losyen Panas.

3) Soalan: Adakah Zahran Losyen Panas berkesan untuk menguruskan badan?

Zahran Losyen panas memang lah hangat tapi ia takkan dapat menurunkan berat dan lemak badan anda tanpa senaman dan diet yang betul. Dengan memakai losyen panas sebelum bersenam, ia dapat mempercepatkan peluh anda keluar dan sekaligus meningkatkan metabolisma. Bagi yang ade girdle, korset atau alat bantuan senaman seperti slimming belt, etc, anda dinasihatkan menggunakan alat-alat ini bersama Zahran Losyen Panas. Lagi banyak anda sapu, lagi banyak peluh anda keluar. Kalau sapu losyen jer tapi tak diikuti dengan senaman dan penjagaan diet macam mana lah nak berkesan dan langsingkn badan.

4) Soalan:  Bolehkah Zahran Losyen Panas disapu di bahagian muka?

Bagi yang mengalami masalah dagu berlapis bolehlah menyapu lapisan nipis di bahagian dagu. Berhati-hati supaya tidak terkena bahagian mata.

5) Soalan: Adakah Zahran Losyen panas ni sesuai untuk semua golongan dan peringkat umur?

Zahran Losyen panas paling sesuai untuk golongan aktif tidak kira lelaki atau wanita. Sapuan nipis boleh digunakan ke atas kanak-kanak berumur lebih 6 tahun yang dapat memahami dan mematuhi arahan. Bukan apa, kami khuatiri anak-anak anda menggosok mata dan berasa pedih setelah menyentuh bahagian yang telah disapu Zahran Losyen Panas. angan sapu losyen pada bayi kerana kulit bayi sangat sensitif. Ingat ye ibu-ibu yang menyusukan anak, elakkan sapuan losyen pada kawasan kulit anda yang boleh tersentuh kulit bayi semasa menyusu nanti. Kami faham anda hendak mengembalikan bentuk badan dengan cepat tetapi utamakan keselamatan bayi anda terlebih dahulu. Sekiranya losyen terkena mata atau bahagian kulit yang sensitif seperti muka, segera cuci dengan sabun dan air yang banyak dan lap dengan kain bersih.

6) Soalan: Adakah normal apabila kulit saya yang disapu mengalami alahan seperti gatal-gatal, merah-merah dan mengelupas?

Kemungkinan kulit anda daripada jenis yang sensitif yang alah kepada bahan-bahan di dalam losyen. Seperti produk-produk yang lain, kami nasihatkan anda supaya berhenti mengunakan losyen buat sementara waktu sehingga kulit menjadi normal semula, Selepas itu, sapu dengan sapuan nipis dan terus memakainya sekiranya tidak timbul masalah kulit lagi.

7) Soalan: Adakah Zahran Losyen Panas Halal?

Semua bahan yang diformulasikan adalah daripada bahan yang halal. Fyi, kilang pemprosesan Zahran Losyen Panas adalah bertaraf GMP yang memberi jaminan kepada anda bahawa produk dihasilkan dengan cara yang bersih dan selaras dengan amalan terbaik dalam penghasilannya.  Jadi anda tidak perlu ragu-ragu menggunakan produk Zahran Losyen Panas. Kami faham kekhuatiran anda, jadi kami sedang berusaha untuk mendapatkan sijil halal. Doakanlah semoga usaha kami dipermudahkan.

8) Soalan: Adakah Zahran Losyen Panas mendatangkan kesan sampingan?

Tiada kesan sampingan. Paling kuat pun anda mungkin akan membuang angin lebih kerap diikuti buang air besar. Ini adalah kesan tindak balas herba dalam losyen panas yang dapat menyingkirkan lebihan angin dari dalam badan anda.

9) Soalan: Zahran Losyen Panas ni panas ke?

Zahran Losyen Panas diformulasikan supaya mempunyai rasa hangat dan pada masa yang sama menyamankan anda. Campuran bahan-bahan seperti halia, capsicum dan serai sememangnya diketahui berfungsi untuk menghangatkan tubuh badan kita. Walaubagaimanapun kami tidak mahu anda menggelupur kepanasan, jadi tahap kepanasannya adalah sederhana. Anda dapat merasa lebih nyaman pada sapuan minit kedua. Namun begitu struktur kulit individu tidak serupa, jadi akan ada antara anda yang berasa kurang panas dan ada juga yang tidak rasa kehangatannya.

10) Soalan: Orang mengandung boleh pakai Zahran Losyen Panas ke tak?

Kebanyakan preggy mommy mengalami masalah kulit yang sensitif terutama di bahagian perut sehinggakan sebilangan besar perut mommy akan kelihatan garisan hitam halus. Ini menunjukkan pembesaran bayi dalam kandungan sedang berlaku. Bayi di dalam kandungan berhak untuk membesar jadi jangan dihalang tumbesarannya. Elakkkan sapuan pada bahagian perut dan sapulah pada lengan, punggung, pinggul dan paha untuk mendapatkan rasa nyaman di samping dapat mengawal saiz pembesaran bahagian tersebut.

11) Soalan:  Bolehkah Zahran Losyen Panas disapu di bahagian payudara?

Mestilah boleh. Perhatian untuk ibu-ibu yang menyusukan bayi, elakkan sapuan di bahagian payudara dan bahagian yang boleh terkena kulit bayi ye.

12) Soalan:  Berapa lama 1 jar Zahran Losyen Panas boleh bertahan?

Dengan berat kandungannya 100gm, 1 jar boleh bertahan selama 4 minggu sekiranya digunakan 2x sehari pagi dan malam pada bahagian perut sahaja. Tetapi sekiranya anda menggunakannya secara kerap untuk mendapatkan hasil maksima, maka anda memerlukan sekurang-kurangnya 2 jar losyen sebulan. Hubungi kami untuk mendapatkan lebih diskaun pembelian.

13) Soalan:  Dah sebotol saya pakai tapi tak nampak keberkesanannya. Kenapa ye?

Peraturannya mudah sahaja, colek losyen ke atas tapak tangan anda, jangan terlalu sedikit dan jangan terlalu banyak. Gunakan common sense anda untuk mendapatkan hasil yang lebih. Anda perlu memastikan Zahran Losyen Panas disapu 2x sehari setiap hari sehingga habis 1 jar. Ingat, jangan dilap losyen setelah disapu. Dan patuhilah cara pemakaian Zahran Losyen Panas.

About Us 

 

Product that will turn your pain into pleasure. Try once and you will never regret. Ini Baru OK!!

Follow Us

 

  • Blogger Social Icon
  • Facebook Social Icon

Join our mailing list

ZAHRAN LEGACY

bottom of page